Pelakon semakin meningkat naik melalui drama bersiri Duda Terlajak Laris, Idris Khan menggangap semuanya berlaku adalah percaturan dari Yang Maha Esa.

IKLAN

Terdahulu, Idris dan Sanaa sepatutnya berkahwin pada 20 Januari 2018, namun terpaksa ditunda kerana kakak bakal isterinya baru bersalin. Kemudian, Idris menunda perancangan itu pada hujung tahun lalu.Β Idris Khan yang memberitahu dia tidak terkilan biarpun perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya sudah dua kali tertunda.

“Sudah tentu tidak sebab semuanya Allah sudah atur, tidak awal tidak lambat. Saya juga percaya apa yang berlaku ini untuk kebaikan saya, yang hanya Allah lebih mengetahui”, kata Idris Khan kepada Sinar Harian.

Ditanya adakah perkara ini terus menjadi perbualan netizen mengenai status perhubungan yang belum ke jenjang pelamin, Idris percaya masyarakat dan peminat akan mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Saya percaya orang ramai dan netizen sentiasa mendoakan yang baik-baik. Jadi Alhamdulillah saya bersyukur ada peminat yang sangat menyokong,” jelas Idris Khan lagi.

Hangat.com mendoakan agar segala urusan dipermudahkan untuk Idris Khan dan bakal isteri. Nanti jangan lupa jemput kami ya.

BACA  [VIDEO] Suara Live Fazura Dikritik Sumbang & Tidak Sama Seperti Direkod?