Selepas beberapa hari dirawat di Hospital Shah Alam akibat beberapa komplikasi, ibu kepada penyanyi adik beradik Linda dan Diana Rafar meninggal dunia. Menerusi laman Instagram Diana, dia memohon agar pengikutnya mendoakan kesejahteraan roh ibunya, Rasimah Abdul Rahman.

View this post on Instagram

Al-Fatihah.. Ya Allah.. Ampunilah Ratu Hatiku Rasimah bt abd rahman Limpahkanlah rahmat ke atas roh nya.. Muliakanlah tempatnya.. Luaskanlah.. Terangilah.. Dan Harumkanlah persemadiannya.. Mandikanlah dia dengan air salju dan embun.. Sucikanlah dosa dan segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis.. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya.. Gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya.. Gantikan untuknya (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya.. Tempatkanlah dia disisi orang-orang yang kau redhai.. Lindungilah dia dari azab kubur dan azab api nerakaَ.. Masukkanlah dia ke dalam syurgaMasukkanlah dia ke dalam syurga mu ya ALLAH… ~ Aamiin ya robbal alaamiin ~

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

“Assalamualaikum semua. Baru sekejap tadi mak Diana meninggal dunia. Tolong doakan mak kami, Rasimah Abd Rahman.

“Minta tolong semua. Saya tak boleh mesej sesiapa untuk cakap perkara ini. Tolong tuliskan dalam Instagram atau apa-apa, minta (doakan) dia semua.

“Alhamdulillah, tadi kami adik-beradik sempat bertemu mak dan mengajarnya mengucap. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mak,” katanya menerusi perkongsian di IG story.

Tambahnya, dia reda dengan ujian ini serta menyifatkan arwah merupakan seorang insan yang kuat. Hangat.com mendoakan agar roh arwah ibu Linda serta Diana Rafar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, aamiin.