Sudah lama menapak dalam industri lakonan Malaysia dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam dunia hiburan, pelakon dan usahawan Dato Boy Iman mempunyai pandangan beliau sendiri mengenai pelakon masa kini.

IKLAN

Boy Iman agak kecewa dengan sikap segelintir beberapa pelakon baru di Malaysia yang tidak menghormati pelakon-pelakon senior. Malah ada yang sudah lupa diri, sombong dengan peminat dan rakan-rakan media.

” budak-budak baru nak up ni, baru berlakon satu dua drama pastu meletop dah “kerek” dengan kita artis senior ni. Jumpa artis lama pun tak nak hormat. Nasib baiklah saya ni produser, ada gelaran “dato” dan “paduka ayahanda”

Boy Iman juga mengkritik kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai asas yang kuat dalam bidang lakonan dan kelihatan kayu menerusi drama atau filem yang dilakonkan meskipun mereka mempunyai jumlah peminat yang tinggi.

BACA  Takziah! Bapa Aizat Amdan Meninggal Dunia

Pandangan sinis Boy Iman itu telah dikongsikan menerusi Intagramnya @datoboyiman. Dalam kenyataan lain, beliau mengambil kesempatan untuk berterima kasih pada semua yang pernah menyokong, membenci dirinya dalam industri hiburan tak kira pekerja industri, peminat, rakan wartawan dan sesiapa sahaja.

Beliau turut meluahkan rasa bersyukur kerana tahun ini menjadikan dirinya hampir 19 tahun dalam industri dan masih bergelar penerbit penyanyi juga masih ditawarkan berlakon.

Artikel SebelumnyaKemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya
Artikel SeterusnyaSering Meraung & Melalak, Suami Beri Amaran Kepada Nabila Huda
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.