Pelakon Nabila Huda akui terbawa-bawa perwatakan sebagai Aini dalam filem terbarunya berjudul M4M4. Nabila berkata di Instagram miliknya @kupu-kupu, dia asyik mengigau, melalak, meraung dan sedih hampir setiap hari.

Perubahan sikapnya itu disedari suaminya, Mohd Izwan Johar, sejak dia terbabit dengan penggambaran filem seram arahan Eyra Rahman itu.

“Suami sudah beri amaran supaya saya tinggalkan watak Aini di luar pagar rumah sebab menurutnya saya asyik marah-marah dan sangat emosi sejak penggambaran filem itu,” tulisnya di Instagram.

Nabila berkata, suami ada bercakap mengenai perubahan tersebut selepas terbabit dengan projek filem ini namun Nabila sendiri tak pasti apa yang sedang terjadi pada dirinya.

“Suami cakap sejak saya jalani filem ini, saya asyik mengingau melalak, meraung, sedih. Hampir setiap hari! Saya tak pasti apa yang dah jadi pada diri saya”

Filem terbitan DA Motion Media itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Eyra Hazali, Bella Dowana dan ramai lagi.

Artikel SebelumnyaBangi Resort Hotel Meraikan Nama Baru Dengan Peraduan Menarik
Artikel SeterusnyaHarapan Elizabeth Tan Untuk Video Muzik Rasmi ‘Semua Sudah’
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.