Chris Pratt mengumumkan bahawa dia telah melamar kekasihnya, Katherine Schwarzenegger. Lamaran itu dilakukan oleh bintang filem Jurassic World pada 14 Januari 2019 semalam.

IKLAN

Melalui Instagram, Chris Pratt berkongsi khabar bahagia hubungan cintanya dengan anak perempuan aktor tersohor Arnold Schwarzenegger.

“Sweet Katherine, so happy you said yes! I’m thrilled to be marrying you. Proud to live boldly in faith with you. Here we go!” tulis Chris Pratt dalam keterangan fotonya yang memperlihatkan dia tengah mencium kekasihnya.

Chris Pratt dan Katherine telah menjalin hubungan sejak pertengahan tahun 2017 lalu, selepas dia rasmi bercerai dengan mantan isterinya, Anna Faris.

BACA  All Rise! Kumpulan Blue Adakan Konsert Di Malaysia Mac Ini

Pada akhir Desember lalu, bintang filem Guardians of the Galaxy ini pun memuatnaik momen manis bersama di momen ulang tahun kekasih barunya ini.

Bercakap tentang kekasih baru Chris Pratt, Katherine Schwarzenegger, perempuan berusia 29 tahun ini adalah gadis Arnold Schwarzenegger dan jurnalis Maria Shriver yang juga cucu dari presiden Amerika Syarikat ke-35 John F. Kennedy.

Di sebalik nama besar keluarganya, Katherine adalah seorang penulis. Menerusi bukunya Rock What You’ve Got: Secrets to Loving Your Inner and Outer Beauty from Someone Who’s Been There and Back, yang terbit di tahun 2010, Katherine menggambarkan peribadinya dan mendorong perempuan untuk memiliki kepercayaan diri yang positif.