Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, hari ini, dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah. Dari sejumlah kerabat yang hadir, yang mencuri perhatian ialah Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Shah.

IKLAN

Pengguna media sosial tertarik dengan ketampanan Tengku Fahd yang merupakan putera kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Sultanah Kalsom Abdullah itu.

Putera raja berusia 24 tahun itu bukan hanya memiliki wajah yang tampan malah sangat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kebajikan terutamanya di negeri Pahang.

Nah, Berikut 5 fakta menarik Tengku Fadh yang dirangkum oleh HANGAT.com  dari pelbagai sumber.

BACA  Stacy Meluahkan Perangai Sebenar Akim Ahmad Serta Hal Rumah Tangga?

1Mewarisi Sikap Ayahandanya

Tengku Fard dikatakan mewarisi sikap ayahandanya yang sentiasa turun padang mendekati dan membantu rakyat.

Beliau sering menyertai Program Kembara Ramadan Tengku Temenggong, iaitu Program anjuran pejabat daerah Pahang dan SASET (Sultan Ahmad Shah Enviroment Trust) merupakan acara tahunan yang menjelajah ke seluruh Pahang untuk beliau berbuka mahupun bersahur bersama rakyat.

2Penerima Anugerah Khas Limkokwing

Tengku Fahd pernah menerima Anugerah Kepimpinan Antarabangsa dalam Pemuliharaan Hutan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Limkokwing (Limkokwing) 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Penganugerahan itu merupakan penghargaan khas Limkokwing terhadap usaha berterusan Tengku Fahd dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

4Pernah Menyerahkan Rumah Sendiri Kepada Yayasan

Foto: Kee Hua Chee Live!

Tengku Fahd pernah membuat keputusan untuk menyerahkan kediamannya di Jalan Teluk Sisek kepada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk tujuan aktiviti Yayasan. Kediaman tersebut sebenarnya hadiah oleh ayahandanya yang pernah tinggal di sana sebelum ini bersama isterinya Sultanah Pahang Sultanah Kalsom selama beberapa tahun.

Tanpa pengetahuan ayahanda dan ibundanya, Tengku Fahd secara diam-diam membuat perancangan dengan pengerusi MCPF negeri Datuk Seri Johny Ch’ng Ewe Gee untuk mengubahsuai keseluruhan rumah dan menamakannya sebagai Villa SAS.

Villa SAS adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang MCPF dan Yayasan Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah (SASET) untuk menyediakan pusat sehenti bagi melaksanakan pelbagai program khusus untuk golongan memerlukan.

BACA  Kenali Maria Olympia, Puteri Raja Yunani Paling Seksi Di Dunia

5Pemilik Kelab Bola Sepak

Tahun penubuhan Real Mulia FC adalah pada 2014 dan kelab ini pernah beraksi dalam Liga FAM pada tahun 2015. Presidennya ialah Tengku Fadh yang turut bermain mewakili RMFC.