Pencarian Juara Dewi Remaja bagi edisi 2018/2019 akhirnya terjawab beberapa hari yang lalu, apabila Haneesya Hani telah diumumkan sebagai juara rancangan realiti itu sekali gus menepati ramalan orang ramai.

IKLAN

Video Berparti Di Kelab Malam Tular

Namun begitu, tidak sampai seminggu menyandang gelaran tersebut, Haneesya dihimpit dengan satu kontroversi panas dimana terdapat sebuah video yang tular di media sosial menampakkan beberapa orang remaja perempuan sedang berparti di sebuah kelab malam sambil menikmati minuman keras. Lebih mengejutkan wajah remaja-remaja tersebut mempunyai iras peserta Dewi Remaja yang dikatakan seperti Erni, Fazreen dan Haneesya sendiri.

Bakal Disiasat

Meskipun tiada kesahihan video tersebut yang dikatakan merujuk kepada peserta-peserta Dewi Remaja, netizen terlebih dahulu mengecam serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita di dalam video tersebut apatah lagi ada diantara mereka dilihat bertudung.

BACA  Selain Haneesya, 6 Wanita Ini Juga Pernah Diarah Pulangkan Mahkota

Dalam perkembangan lain, penganjur rancangan itu yang juga sebuah majalah popular, Remaja mereka kini sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai isu tersebut serta memandang serius segala etika termasuk mengenakan tindakan atas peserta-peserta Dewi Remaja sekiranya dakwaan tersebut adalah benar.

Apa pun nantikan pengumuman rasmi daripada pihak penganjur tidak lama lagi.