Mei tahun lalu tercetus satu kontroversi panas apabila pelakon Bella Dally dan Nazim Othman didakwa telah bercerai selepas akui tiada persefahaman di antara mereka berdua. Terdahulu mereka telah berkahwin pada 10 September 2016 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.

Bella Dally Selamat Bertunang

” Assalamualaikum semua, saya telah bertunang pada 12.01.2019. Saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua diatas doa, sokongan dan kasih sayang yang benar. Benarlah, ketentuan daripada Allah SWT itu adalah sempurna”

Begitulah pengakuan daripada Bella, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally yang telah bertunang Sabtu lalu dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Arif. Pelakon ini mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati di kediamannya di Kota Kinabalu Sabah. Majlis tersebut telah diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

Sudah Lima Bulan Berkawan

Dalam perkembangan lain, menurut Bella kedua-dua mereka telah berkenalan hampir lima bulan sebelum mengambil keputusan untuk bertunang.

Perkenalan mereka bermula apabila mereka sering kali bertemu dimana Arif merupakan kenalan kepada sepupunya sebelum kedua-dua mereka menjadi rapat dan merasakan keserasian.Kami di Hangat.com ingin mengucapkan tahniah buat Bella dan Arif dan semoga urusan perkahwinan dipermudahkan!