Tak boleh dinafikan, bahawa setiap orang menginginkan pernikahan hanya terjadi sekali dalam seumur hidupnya. Tapi inilah hidup, kita tidak boleh menjamin, tidak pula boleh menentukannya. Kerana semua ini sudah diatur oleh Yang Maha Kuasa.

Penyanyi legenda yang sudah lama menghilang dari radar hiburan, Anita Sarawak sudah ditakdirkan untuk beberapa kali bernikah sampai akhirnya benar-benar bertemu dengan jodoh yang sudah ditakdirkan untuknya. Ya, jodoh memang selalu tak diketahui manusia.

Rindu akan senyuman dan aksi lincahnya di pentas, kami mahu kongsikan kisah suka duka Anita dalam percintaan dan penikahan sepanjang dalam hidupnya.

2Broery Marantika

Selepas 5 tahun bergelar solo, akhirnya pada tahun 1981, Anita memilih untuk berumah tangga kembali bersama penyanyi terkenal dari Indonesia, Broery Marantika. Perkahwinan kedua itu mengundang kontroversi kerana Broery ketika itu masih menganut agama Kristian.

Bagaimanapun, segala kekecohan itu berakhir apabila Broery memeluk Islam di hadapan Mufti Singapura, Syed Al-Jufri di pejabat Majlis Agama Islam Singapura. Namun tanpa diduga, perkahwinannya bersama Broery hanya bertahan selama 4 tahun.

3James Dean Nicholas (JD)

Anita dikatakan membawa diri ke Amerika Syarikat dan mempertaruhkan nasib seninya di pusat hiburan terkenal, Caesar’s Palace. Di situ, hatinya telah dicuri oleh James Dean Nicholas (JD) bekas penyanyi kumpulan Commodores. Belum sempat mengecapi kebahagiaan dan nikmat sebenar alam berumah tangga, Anita terpaksa menerima hakikat pahit yang dia harus kembali menjalani kehidupan secara solo. Anita dan JD berpisah empat tahun kemudiannya.

BACA  [VIDEO] Normah Damanhuri Mohon Maaf Atas Isu Majlis Perkahwinan Anak

Mohamad Mahathir Abdullah

3 kali gagal dalam perkahwinan, tidah bermakna Anita tidak mahu lagi berumah tangga. Pernikahannya yang keempat dengan Martin Cox, 47, atau nama Islamnya Mohamad Mahathir Abdullah dilangsungkan di sebuah masjid di Las Vegas pada Ogos 2001. Mahathir yang berketurunan Inggeris merupakan pengurus Anita. Pengantin baru itu berkenalan pada penghujung tahun 1999.

Difahamkan bibit-bibit perkenalan yang membuahkan percintaan antara Anita dan Mahathir itu bermula ketika Mahathir dan rakan-rakannya berkunjung ke Las Vegas untuk menonton aksi peninju dunia, Evander Holyfield . Mahathir kemudian menjadi pengurus Anita ketika beliau mengambil keputusan untuk kembali menetap di Singapura dan Malaysia pada tahun 2002.

Menghilang Hampir 7 Tahun

Pada tahun 2012, Anita dan Mahathir menghilangkan diri daripada media dan peminat dan ramai mendakwa pasangan telah pulang kembali ke Amerika Syarikat.Β  Diam tak diam, sudah hampir tujuh tahun Anita atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita hilang daripada radar dunia hiburan.

BACA  Pekin Ibrahim Jawab Persoalan Gambar Memegang Perut Mona Allen

Sejak tujuh tahun lalu jugalah macam-macam versi cerita tersebar, tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Semua yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya.