Jika tahun lalu menyaksikan Jane Teoh muncul sebagai Miss Universe Malaysia, bagi tahun 2019 siapakah yang akan merangkul gelaran ini?

IKLAN

Senarai 18 Finalist Miss Universe Malaysia 2019 Diumumkan

Kehangatan tahun baru disemarakkan The Miss Universe Malaysia Organisation (MUMO) dengan mengumumkan senarai 18 finalist Miss Universe Malaysia 2019 menerusi sebuah majlis yang diadakan di Damansara, Kuala Lumpur.

Dalam majlis yang sama, senarai penaja turut diumumkan dimana pada tahun ini antaranya seperti Habib Jewels dan Malaysia Airlines menjadi penaja rasmi. Mereka yang bergelar Miss Universe Malaysia akan membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM180,000 dan biasiswa pendidikan dari HELP University selain mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

BACA  Azharina Dibenarkan Pulang Selepas 4 Hari Terlantar Di Hospital

Peserta Paling Muda Berusia 19 Tahun

Berdasarkan pengumuman senarai 18 finalist, peserta termuda merupakan Chai Xin Tze atau lebih dikenali sebagaiΒ  Christine, 19 tahun. Kesemua bakal ratu cantik ini terdiri daripada latar belakang yang cukup hebat! Siapakah yang akan bergelar Miss Universe Malaysia 2019?

Untuk mereka yang ingin melihat perjalanan peserta-peserta ini boleh berbuat demikian dengan menonton secara atas talian di laman portal Hurr.TV yang ditayangkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula 8 Februari ini.Β  Majlis penganugerahan Miss Universe Malaysia 2019 akan diadakan pada 7 Mac 2019 bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur.