Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai sebuah filem tamil yang kini sedang ditayangkan di kebanyakan pawagam di Malaysia. Menariknya lagi, filem ini bukan sahaja mencatat sejarah sebagai filem yang dibawa oleh produksi perfileman hindi dan tamil terbesar di Malaysia Malik Streams Corporation Sdn Bhd, malah Petta juga merupakan filem yang dikhabarkan sebagai pembabitan Rajinikanth yang terakhir dalam dunia lakonan.

Filem Terbaik Rajinikanth

Sejak ditayangkan beberapa hari yang lalu, rata-rata mereka yang menonton filem ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum termasuklah beberapa selebriti terkenal tempatan menganggap Petta sebagai sebuah naskhah yang terbaik pernah dihasilkan bagi produksi filem Tamil. Jelas mereka lagi, filem ini antara filem lakonan terbaik Rajinkanth yang tampil dengan pelbagai lagaknya seakan-akan memberi ‘hadiah penutup’ terbaik buat filemnya.

BACA  'Captain Marvel' & Tun M Tersenarai 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia 2019

Catat Kutipan Box Office Antarabangsa

Lebih membanggakan filem ini yang turut ditayangkan di beberapa buah negara seperti di India, mencatat rekod peribadi bersih dimana sehingga ke hari ini telah mendapat lebih dari 70 juta kutipan. Dengan pencapaian itu, Petta sekaligus dinobatkan sebagai antara filem pecah panggung pertama di peringkat antarabangsa pada tahun ini.

Sinopsis Petta

Kaali merupakan seorang warden asrama digambarkan sebagai seorang yang ceria dan disayangi oleh semua orang. Namun begitu, di sebalik keceriaannya tersimpan beberapa perkara yang terselindung sehingga membuatkan ramai yang terkejut. Satu per satu kejadian telah berlaku melibatkan Kaali dan keluarganya. Apakah sebenarnya yang terjadi? Segalanya akan dibongkarkan di dalam Petta!

BACA  [VIDEO] Taufik Batisah Rayu Bantuan Bawa Pulang Anak Saudara Yang Diculik