Umumnya hubungan mesra pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac dan Elaine Daly hanya sekadar kawan rapat atau lebih disifatkan seperti adik-beradik. Malah Elaine sudah berkahwin dengan seorang doktor dari Afrika Selatan pada 4 Disember 2014, dan kini dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Kerana menganggap Elaine sebagai seseorang yang istimewa dalam hidupnya, Hans memuatnaik gambar bekas ratu cantik Malaysia ini di Instagram sempena ulang tahun kelahiran. Ucapan dari Hans ini berjaya menangkap hati netizen yang merasakan mereka merupakan sahabat baik yang paling serasi.

“Anda telah menjadi sahabat saya dan sebahagian daripada keluarga Isaac. Saya percaya bahawa keluarga Isaac dan keluarga anda akan mempunyai banyak hal menarik di tahun mendatang  bersama suami anda @drnickboden ❤️❤️ (yang kini kawan saya yang terbaik). Saya sangat berbangga dengan semua kejayaan anda dan menjadi seorang ibu yang menakjubkan kepada dua puteri kecil anda.  Saya tidak akan pernah lupa apabila anda di sisi saya dalam masa yang diperlukan. Saya hanya doakan anda yang terbaik dan semua kebahagiaan di dunia. Selamat Hari Lahir Elaine”

Jika diimbas kembali pada awal tahun 2000, Hans dan Elaine pernah bercinta namun berakhir dengan perpisahan. Walaubagaimanapun, sampai sekarang pasangan ini terlihat masih lagi rapat dan sering bekerjasama dalam beberapa buah projek amal juga acara hiburan.