Sering berdepan dengan kontroversi menyebabkan pelakon Fasha Sandha sudah lali dengan kecaman dan kritikan netizen di laman-laman sosial.

Bagi Fasha, orang ramai mungkin tahu namanya di dalam dunia hiburan, namun bukan semua orang tahu kisah hidup peribadinya.

“Let them Judge, Biar i kumpul pahala. Hanya Allah yang tentukan, dosa atau pahala”- balas Fasha dalam salah satu komen peminatnya di Instagram.

Terbaru, Fasha sekali lagi mengundang kontroversi yang membuatkan netizen mempersoalkan tindakannya selepas gambar berpegangan tangan dengan bakal suami Aidil Aziz dimuat naik di laman sosial, Instagram. Tak kurang juga yang beranggapan pasangan ini sebenarnya sudah bernikah  namun masih belum diumumkan secara rasmi kepada orang ramai.

Sememangnya gambar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak senang dengan tindakan pasangan bersentuhan kerana hukumnya tetap haram walaupun sudah bertunang. Hmmm.. netizen oh netizen! Suka jatuhkan hukum tanpa usul periksa!