Rasanya ramai sudah mengenali pelakon Nora Danish, bukan sahaja cantik tapi juga seorang yang lemah lembut dan mempunyai sifat penyayang serta sangat menghargai orang sekeliling terutama sekali keluarga tercinta.

Bersempena dengan hari ulang tahun ibu mertuanya, Datin Seri Norita Sujak yang ke 64, Nora telah memuat naik satu ucapan dan berkongsi kisah kali pertama berjumpa ibu mertuanya.

View this post on Instagram

Ma. Thank u for being you, for sharing your love with me , for showing me that love is something you do ; something that not just to be said , but also to be shown… 💜 u are one of the strongest person I’ve known , smart , positive , STRONG , caring , humble , STRONG 🙂 & soft spoken 😍 , sampaikan Nora kadang2 tak dengar Ma ckp apa… hehehe. I remembered when the first time I met Ma, Nora rasa suara Nora dah lembut , but I had to perlahankan lagi , kepit lagi sampai tak terkeluar suara nak berbual dengan Ma. 😍 On this very special day of yours Ma, Nora wish for ur pretty face to always be lit by a smile and ur pure heart to always overflow with joy & happiness💜 You are not alone Ma. U have all of us that will always love & care for u 💯. Happy 64th Birthday my mother in law a.k.a the sweetest Oma. 💜 #17January2019

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

“Ma. Terima kasih kerana berkongsi sayangmu dengan saya, kerana menunjukkan kepada saya bahawa cinta adalah sesuatu yang kamu rasa; sesuatu yang bukan hanya untuk dibicarakan, tetapi juga untuk ditunjukkan. Kamu adalah salah satu orang yang paling kuat yang saya kenal, pintar, positif, kuat, penyayang, rendah hati, & lembut berkata-kata” tulisnya di Instagram

Nora turut berkongsi pengalaman pertama kali jumpa ibu mertuanya yang memiliki suara yang lembut dan perlahan.

“Nora masih teringat saat kali pertama jumpa Ma, Nora rasa suara Nora dah lembut , tapi Nora terpaksa perlahankan lagi, kepit lagi sampai tak terkeluar suara nak berbual dengan Ma.”-katanya

Rata-rata netizen tersentuh hati dengan kata-kata Nora itu mendoakan agar hubungannya dan Datin Seri Norita Sujak akan kekal harmoni serta penuh kasih sayang begini sehingga ke syurga.

BACA  Usahawan Berlian, Laniado Maut Ketika Pembedahan Alat Sulit