Kehilangan ibu tercinta, Allahyarhamah Rasimah Abdul Rahman  akibat beberapa komplikasi pada 11 Januari lalu, pelakon dan penyanyi Linda Rafar yang rapat dengan ibunya itu mengakui beliau sangat merindukan arwah.

IKLAN

Walaupun redha dengan pemergiaan ibu tersayang Linda itu juga merasa ralat terhadap penghinaan yang dilemparkan sebelum ini turut terpalit kepada arwah ibunya.

View this post on Instagram

Miss u mak🤲🏻 Dalam perbalahan tanpa penghujung, dalam kekerasan hati manusia, dalam keperitan saya dan keluarga dihina dicaci maki, insan yang cuba dibela nasib dan haknya kini telah pergi selamanya. Sesungguhnya allah swt adalah sebaik2 perancang, bonda pergi di penghulu segala hari, dikelilingi anak2 di sisi. Dalam redha, masih ralat penghinaan yang dilemparkan ini turut terpalit kepada insan ini yang langsung tidak berpeluang membela dirinya hinggalah dia tinggalkan kita semua. kesalnya tak dapat saya gambarkan. Sedih masih membelenggu. Airmata masih bergenang. Terima kasih tidak terhingga bagi yg mendoakan saya, keluarga dan arwah ibu. Allah swt sahaja dapat membalasnya. Bagi saya, kemenangan ibu mendahului kita yang masih tinggal di dunia ini dan selebihnya hanya Dia yang maha mengetahui. Saya berterima kasih atas respon pihak hospital shah alam untuk membuat siasatan terperinci ke atas aduan saya. Selebihnya, saya telah melantik @hafidzahhassan dari Nurul Hafidzah& Associates @nha_lawfirm mewakili saya dalam menganalisa sebarang bentuk kebarangkalian untuk membuat tindakan selanjutnya ke atas pihak pihak yang bertanggungjawab dalam menghina dan menjatuhkan maruah saya dan keluarga.. #prayforlindarafar 🤲🏻

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

“Dalam redha, masih ralat penghinaan yang dilemparkan ini turut terpalit kepada insan ini yang langsung tidak berpeluang membela dirinya hinggalah dia tinggalkan kita semua. Kesalnya tak dapat saya gambarkan. Sedih masih membelenggu. Airmata masih bergenang.

“Terima kasih tidak terhingga bagi yang mendoakan saya, keluarga dan arwah ibu. Allah swt sahaja dapat membalasnya. Bagi saya, kemenangan ibu mendahului kita yang masih tinggal di dunia ini dan selebihnya hanya Dia yang maha mengetahui”

BACA  Isu Jururawat: Linda Rafar Kena Bayar Ganti Rugi?

Mengenai perkembangan terbaru kes isu jururawat, Linda berkata dia telah melantik peguambela, Nurul Hafidzah & Associates, Advocates & Solicitors bagi kes saman fitnah melibatkan dirinya dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Delegasi Jururawat Malaysia (DON). Pelantikan itu bagi mewakili dirinya dalam menganalisa sebarang bentuk kebarangkalian untuk membuat tindakan selanjutnya ke atas pihak yang bertanggungjawab dalam menghina dan menjatuhkan maruah dirinya dan keluarga.