Digelar Komposer Paling Mahal, Ini Respon Hael Husaini

953

Sentuhan emas Hael Husaini turut memberi beliau peluang menghasilkan lagu-lagu untuk nama-nama besar dalam industri seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Ternyata, single terbaru Siti, Anta Permana,  mendapat sambutan baik daripada penggemar muzik serta stesen -stesen radio dan di YouTube.

Sudah tentu dengan pencapaian hebat ini membuatkan ramai orang dalam industri muzik berfikiran kononnya Hael adalah komposer tempatan paling mahal dan hanya bekerjasama dengan artis-artis popular.

Menerusi temubualnya bersama Utusan Online,  Hael menjawab spekulasi mengenai andaian ini,

“Saya seperti orang lain bermula dari bawah. Bukan mudah untuk saya sampai ke tahap sekarang. Nyanyian saya pernah tidak dipandang. Lagu-lagu saya pun pernah banyak kali ditolak. Namun, itu proses yang positif untuk saya menjadi lebih baik dan memperbaiki kelemahan yang ada.

“Di kala lagu saya semakin diterima peminat dan menjadi pilihan penyanyi-penyanyi popular, saya anggap itu rezeki daripada Allah. Ini berkat usaha dan doa daripada keluarga dan peminat yang mahu lihat saya terus berjaya.

“Saya masih ingat di mana saya bermula. Jadi, saya tidak pernah sesekali meletakkan diri saya sebagai komposer yang mahal apatah lagi hanya mahu bekerja dengan artis-artis popular. Tidak sama sekali.

Seperti mana yang pernah diwar-warkan sebelum ini, lagu Anta Permana berjaya menduduki tangga teratas di iTunes sekaligus mengetepikan lagu “Head Above Water” nyanyian Avril Lavigne. Bahkan, tanda pagar lagu ini Anta Permana turut menjadi sohor kini di media sosial. Lagu dikarang sepenuhnya oleh Ezra Kong dan Hael Husaini. Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa makna tidak terkira atau infiniti.