Heboh #10yearschallenge melanda pengguna media sosial, tak terkecuali di kalangan artis. Tanda pagar ini membandingkan dua foto seseorang dalam perbezaan waktu 10 tahun.

Memandangkan ia kini menjadi satu fenomena, pelakon Norish Karman memberi pandangan mengenai isu perbandingan sekiranya gambar dahulu yang dimuat naik itu tidak menutup aurat.

Menurut Norish, kebanyakkan wanita muslim bertudung terlalu taksub memuatnaik gambar 10 tahun dulu sampai tak sedar mendedahkan aurat untuk tatapan umum di media sosial.

Pelakon kelahiran Singapura ini turut berpesan kepada ibubapa supaya dapat memantau kelakuan anak perempuan  di luar sana supaya berhati-hati memuatnaik gambar di media sosial.

Seperti yang dilaporkan oleh Mstar sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sikap warak dan berhati-hati perlu diutamakan kerana potensi untuk gambar dahulu yang tidak menutup aurat meskipun sekarang menutup aurat untuk menjadi fitnah adalah amat tinggi.

BACA  "Niat Nak Terus Berhijab Tapi..."- Baby Shima