Janna Nick yang mengacara rancangan Melodi yang bersiaran pada setiap hari ahad dikritik teruk oleh netizen baru-baru ini. Kali ini, ramai netizen yang tidak tahan melihat aksi Janna yang didakwa terlalu gedik dengan suami Elfira Loy iaitu Faris Khairol Anuar yang menjadi tetamu jemputan dalam program hiburan tersebut.

Rata-rata netizen menganggap Janna tidak menghormati Elfira dan meminta agar beliau perlu menjaga adabnya sebagai seorang wanita Islam. Tidak salah kalau hendak bergurau asalkan menjaga batas diri.

IKLAN

Bukan kali pertama dikritik, sudah tentu Janna sudah kebal dengan kecaman netizen. Mungkin juga beliau tidak sedar kelakuannya itu kerana ia berlaku secara spontan.

BACA  Baju Pernikahan Elfira Loy Dianggap Netizen Menyerupai Watak Animasi Terkenal

Hangat.com berharap agar Janna Nick terus tabah dengan kecaman serta kecaman netizen. Tak salah kan nak jadi mesra daripada jadi hipokrit.