Pelakon Raja Ilya yang sudah hampir sebulan mendirikan rumah tangga telah memuatnaik video ketika dilamar suaminya, Trent Garrett. 

IKLAN

Dalam video tersebut, Ilya diperangkap (prank) oleh teman baiknya sebelum dikejutkan dengan proses lamaran Trent.

“I won’t forget this moment, a beautiful surprise proposal,” tulisnya dalam video tersebut.

Tidak dinyatakan lokasi lamaran itu, menerusi rakaman video berkenaan, Trent muncul dari arah belakang ketika Ilya sedang menikmati makan malam.

Terkejut dengan kemunculan Trent, Ilya memeluk jejaka berkenaan dan dibawa ke ruang tengah restoran itu yang dikelilingi oleh lilin berbentuk susunan “LOVE”. Trent melutut sambil menyarungkan cincin lamaran kepada Ilya.

BACA  Transformasi Wajah Terkini 14 Pelakon Filem Titanic Selepas 20 tahun

Video berdurasi seminit itu meraih perhatian ramai yang tersentuh dengan aksi lamaran penuh romantis pasangan itu. Namun, perkongsian itu turut mendapat reaksi kurang senang segelintir netizen yang menganggap tindakan itu tidak mencerminkan cara hidup Islam. Hangat.com mendoakan agar Ilya berbahagia bersama dengan suami yang tersayang dan kekal sehingga ke Jannah, in shaa Allah.