Baru-baru ini di Instagram, ramai selebriti berkongsikan gambar mereka sedekad lalu dengan melakukan #10yearchallenge. Sajat yang tidak melepaskan peluang itu berkongsikan fotonya yang diambil pada 2009.

Menerusi gambar tersebut, Sajat memberitahu 10 tahun lalu dia pernah memenangi pertandingan Ratu Kebaya. Kata Sajat lagi, dia masih sama seperti dulu serta turut sekali lagi menegaskan bahawa dirinya khunsa.

“Dulu pernah menang Miss Kebaya 2009. Rasanya saya masih mantain seperti dulu. Ko rasa senak dengar stament dari I! Haahaaa yang penting saya pernah di crown tau! Gitew!

“Duduk tengah lagi! Beauty with brain. Walaupun ramai tak mampu terima kecantikan saya dulu dulu!! Dah kita dilahir kan cantik!

“Name pun khunsa, kecantikkan tu memang sesuatu lah kan,” kata usahawan kosmetik yang terkenal itu.

Mesti ramai yang makan hati dengan kecantikan Sajat yang tak dapat dinafikan. Hangat.com mendoakan agar Sajat menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat, aamiin.