Isteri kepada penyanyi Nubhan Ahamad iaitu Dr Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan anak kedua mereka.

IKLAN

Berita gembira ini disampaikan oleh pengurus penyanyi berkenaan, Becky Zulkepli menerusi pesanan WhatsApp memaklumkan ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

“Isteri Nubhan Ahamad, Dr Afifah Hidayah Tawfek telah selamat melahirkan bayi lelaki secara normal.

“Bayi seberat 3.40 kg yang lahir pada jam 2.05 am pada 19 Januari 2019 ini berada dalam keadaan sihat,” tulisnya.

Difahamkan, Nubhan belum meletakkan nama untuk anak keduanya itu dan hanya dipanggil Cik Mad buat sementara waktu.

Nubhan dan isterinya, Afifah Hidayah Taufek telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aafiya Kamilia yang kini berusia setahun.

BACA  Iqram Dinzly Nekad Bersara Dari Dunia Lakonan Setelah Diisytiharkan Muflis?