Penyanyi Stacy meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang terbaik buat dirinya serta anak-anak.

View this post on Instagram

Selamat Hari Lahir Bossku oh Sintaku wahai Suami Afiq Hakim Ahmad a.k.a Balakimz❤️ Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT,sentiasa dirahmati dan diberkati dan juga semoga sentiasa dikurniakan kesihatan baik berpanjangan Aamiin… Terima kasih sebab selalu berusaha menjadi Suami,Imam dan Dady yang terbaik untuk kami👍🏻 Sesungguhnya i dan anak2 sangat bahagia dan bersyukur sebab u selalu ada bersama kami dan mengutamakan kami bertiga walau sibuk jadi hang nadim dan jadi Akim😂 Kasih sayangmu yang dicurah adalah nikmat kesempurnaan hidup buat kami😘 Semoga Impian besar kita bersama yang akan datang ni akan dipermudahkan dan berkembang seperti SINTA teragung kita🥰 Aamiin In Sha Allah.. Nanti kan single terbaru yang WOW🤩 dari @akim_themajistret berjudul YANG SATU yang saya ada selitkan dalam video ni tau!!😍Makin lama makin power pula karya2 kamu ni🙌🏼🤟🏻 Love u my Darling nanti i beli Ribbon siap-siap ok Bayakim Cinggg!!❤️😆 #salamjumaat #darlingsayabofday #alhamdulillah #sweet28🎂😂

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Menerusi laman Instagram penyanyi lagu Cakap Ke Tangan ini, dia membuat ucapan manis buat suaminya, penyanyi Akim Ahmad.

“Terima kasih sebab selalu berusaha menjadi suami, Imam dan daddy yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya I dan anak-anak sangat bahagia dan bersyukur sebab you selalu ada bersama kami dan mengutamakan kami bertiga walau sibuk jadi Hang Nadim dan jadi Akim” katanya Stacy dengan penuh bersyukur.

Stacy turut menitipkan ucapan hari jadi ke 28 buat suami tercinta dan dalam masa sama berharap Akim sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH SWT.

“Semoga impian besar kita bersama yang akan datang ini akan dipermudahkan dan berkembang seperti SINTA teragung kita. Amin Insha Allah” luah Stacy lagi.

Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam berkahwin dengan Akim pada 5 Februari 2016 di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

BACA  Kim Kardashian Menghairahkan Peminat Dengan Gambar Lelaki Bogel di Instagram

Sementara itu, Stacy turut memaklumkan suaminya bersama anggota kumpulan The Majistret bakal tampil dengan single terbaru berjudul Yang Satu. Tak sabar Hangat.com nak dengar lagu terbaharu mereka.

Artikel SebelumnyaTahniah! Nubhan AF6 Timang Anak Kedua, Lelaki
Artikel SeterusnyaDua Bulan Bernikah, Kawan Wanita Bocorkan Rahsia Baim Wong
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"