Penyanyi Nabila Razali boleh dikatakan antara pencetus soal gimik di kalangan selebriti tanah air apabila terdahulu Nabila telah menggunakan gimik bercinta dengan pelakon Aedy Asyraf sebelum melancarkan lagu Pematah Hati yang mendapat sejuta tontonan dalam tempoh 24 jam dilancarkan.

Padam Lebih Dari 3000 Gambar Di Laman Instagram

Terbaru, Nabila sekali lagi mencetuskan persoalan di kalangan netizen apabila gambar-gambarnya di Instagram telah tiada. Malah sejumlah lebih dari 3000 gambar yang telah hilang itu hanya ditinggalkan dengan sekeping gambar dengan kapsyen spanar hidup. Kehilangan gambar-gambar tersebut turut diandaikan netizen akaun penyanyi itu telah digodam oleh yang individu tidak bertanggungjawab.

BACA  'Vroom Vroom' Nabila Razali Cecah 1 Juta Tontonan Dalam Tempoh Empat Hari!

Muat Naik Gambar Bersama Lelaki, Nabila Jawab Tanda Tanya Peminat

Tidak lama kemudian, sehingga carian kami terkini mendapati Nabila telah memuat beberapa keping gambar terbarunya. Menariknya lagi, gambar tersebut turut memperlihatkan susuk tubuh seorang lelaki tanpa wajah sekali gus menjangkakan Nabila bakal tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi. Bagaimana pun, Nabila ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan mengharapkan agar peminatnya bersabar dengan pengumuman rasminya tidak lama lagi.

“Ia hanya teaser bukan gimik” ujar Nabila

Apa yang kami boleh katakan, kami telah menerima satu undangan rasmi daripada pihak Nabila mengenai sesuatu pengumuman. Nantikan perkembangannya dalam beberapa hari ini!