Seperti yang ramai sedia maklum, pasangan usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida turut mempunyai dua orang anak angkat yang dikenali sebagai Ameena dan Qayyum selain mempunyai empat orang anak kandung sebelum ini.

IKLAN

Qayyum Diserang Demam Campak

Baru-baru ini salah seorang anak jagaan pasangan ini, Qayyum telah diserang demam campak yang menyebabkan kanak-kanak itu terpaksa ditahan di wad hospital bagi rawatan lanjut.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian Shahida di Instagram, anaknya itu kini telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah mereka setelah tahap kesihatannya kembali normal seperti asal.

Bakal Diserahkan Semula Ke Ibu Kandung

Meskipun begitu, terdapat satu perkhabaran sedih yang disusuli Shahida menerusi perkongsiannya. Menurut bekas anggota Kumpulan Solehah itu, Qayyum bakal diserahkan kepada ibu kandungnya semula tidak lama lagi.

BACA  [GAMBAR] Tya Ariffin Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Malah beberapa muat naik gambar Qayyum di Instagram nya sejak kebelakangan ini juga seperti memperakui akan kesahihan berita tersebut. Rata-rata pengikut Shahida bersedih dengan berita tersebut apatah lagi melihatkan Qayyum begitu rapat dengan Shahida dan Aliff. Namun begitu, mereka turut mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya selain mengharapkan hubungan Qayyum dengan keluarga ini tidak akan terputus.