Minggu lepas kecoh mengenai Dewi Remaja 2018/2019 melibatkan tiga bekas finalis mereka iaitu Haneesya Hanee yang telah ditarik balik gelaran juara dan dua lagi peserta Ernisha dan Fazreen yang terpalit dengan kontroversi berparti sakan di kelab malam. Ekoran itu Ernisah dan Fazreen juga dilarang menggunakan gelaran finalis dewi remaja.

IKLAN

Ernisha Maafkan ‘Pengkhianat’Β 

Selain Haneesya, di media sosial juga kecoh memperkatakan mengenai Ernisha kerana imejnya yang bertudung di dalam Dewi Remaja namun hanya mengenakan bikini bersama jaket di kelab malam tersebut.Susulan daripada kontroversi itu, Ernisha telah memuat naik kenyataan maafnya di Instagram selain mengaku apa yang terjadi merupakan kesilapannya sendiri. Malah dia turut memaafkan sesetengah pihak yang dianggapnya sebagai ‘pengkhianat’ ekoran dari video yang tular itu dipercayai kerana perbuatan ‘orang dalam’

BACA  "Buat Statement Bodoh" - Michael Ang Perli Bekas Finalis Dewi Remaja?

Netizen Persoalkan Sikap Biadap Ernisha Di Rancangan MentorΒ 

Meskipun begitu, netizen turut mempersoalkan mengenai tingkah laku Ernisha yang dilihat mereka seperti seorang yang biadap dan kurang ajar. Terdahulu, turut tular di media sosial mengenai rakaman salah satu episod pengenalan rancangan realiti Mentor dimana Ernisha turut mencuba nasib untuk menjadi protege kepada Datuk Syafinaz Selamat.

Namun rezeki tidak menyebelahinya kerana Ernisha dikatakan tidak mempunyai ciri-ciri yang diinginkan penyanyi itu sekaligus mencetuskan ketegangan diantara kedua-dua belah pihak. Kerana kontroversi kelab malam baru-baru, netizen turut mengungkit kembali mengenai ‘drama’ di ujibakat Mentor terdahulu.

*video boleh ditonton pada minit ke 7.00

Akui Dibayar

Menafikan bahawa dia sememangnya bersikap sedemikian, menurut Ernisha dia telah dibayar pihak Mentor untuk mencetuskan ‘drama’ seperti yang diperlihatkan kepada penonton menerusi saluran TV3.

Adakah benar dakwaan tersebut? Apa pun diharap mereka bertiga akan terus maju dalam segala bidang yang diceburi.

BACA  [GAMBAR] Rozita Che Wan Sekeluarga Beri Sokongan Pada Harimau Malaya