Nicole Kidman merupakan aktres antarabangsa yang cukup popular dan disegani. Menyanyi, berlakon, menari, namakan apa sahaja aksi yang ingin dilakukan, Nicole pasti akan membawanya dengan baik.

Dilaporkan Hamil

Terbaru, menerusi laporan sebuah tabloid antarabangsa, Nicole kini dikhabarkan hamil di usianya yang menjangkau 51 tahun! Nicole sebelum ini mempunyai empat orang anak dimana dua anaknya merupakan anak angkat bersama Tom Cruise, Isabella, 25, dan Connor, 23. Manakala bersama suaminya, Keith Urban, bintang Aquaman ini mempunyai dua orang cahaya mata Sunday Rose, 10, dan Faith Margaret, 7.

Nicole Alami Alahan

Menguatkan laporan berkenaan, Nicole dikatakan sukar untuk makan mahupun minum di acara Golden Globes selain ditemani rapat suaminya. Bagaimanapun, berita kehamilan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini Nicole tidak tolak kemungkinan untuk mempunyai lebih ramai anak. Adakah benar bintang kesayangan ramai ini kini hamil? Pasti ramai yang teruja!

BACA  Bawakan 3 Lagu Hits, Calum Scott Pukau Tetamu Di Era Of Live Party