Jika sebelum ini ramai yang menyangka penyanyi Alif dan SonaOne hanya berkebolehan menyanyi dengan baik dalam bahasa Inggeris, permulaan 2019 ini, kedua-dua mereka tampil membuktikan sebaliknya.

Tampil Dengan Single Baharu 

Pasangan pemenang anugerah, penerbit dan penyanyi rap Sony-Kartel ini kembali muncul dengan single berbahasa Melayu “Pun Boleh” berserta video muzik animasi arahan Eddie Ezuan terbitan 33.3. “Pun Boleh” merupakan satu dedikasi khas yang ikhlas bertujuan untuk membangkitkan keyakinan diri hasil nukilan dua orang artis tersohor ini. Untuk yang tertanya, Alif dan SonaOne meraikan kuasa dan potensi golongan yang sering terpinggir dalam lirik dan alunan muzik mereka yang penuh dengan mesej.

BACA  Michael Ang Naik Angin, Jawab Tuduhan Tutup Periuk Nasi Orang

Mendapat Sentuhan Pelbagai Pakar

Menariknya lagi, lagu ini menampilkan mastering oleh Chris Athens, yang pernah bekerja bersama Raekwon, Rick Ross, N.E.R.D. serta Mos Def, manakala adunan muzik mendapat sentuhan Jimmy Cash, yang baru-baru ini terbabit dalam album milik Travis Scottberjudul Astroworld. Seperti muziknya, video muzik lagu ini juga mempunyai ‘dunianya’ tersendiri dan mereka menganggap lagu ini seakan lagu tema pembakar semangat! “Pun Boleh” akan kini boleh diperdengar dan ditonton di semua platform digital bermula Jumaat yang lalu. Tahniah Alif dan SonaOne!