Caitlyn Jenner, bapa kepada Kylie dan Kendall Jenner yang kini menjadi transgender, kini berada di Indonesia. Dia datang bersama tunangannya yang juga seorang transgender iaitu Sophia Hutchins. Jika dilihat pada posting terbaru Sophia di Instagram, menunjukkan dia sedang bercuti di Semarang, Indonesia.

IKLAN
View this post on Instagram

The rainforest 🌴

A post shared by Sophia Hutchins (@hutchins_sophia) on

Pada yang tidak mengenali Caitlyn , nama beliau menjadi sebutan gara-gara keputusannya menukar jantina kepada seorang wanita. Awalnya, banyak pihak yang mencemuh perubahan tubuh ayah tiri Kim Kardashian ini. Maklumlah, pada masa mudanya, Caityln pada nama asalnya Bruce Jenner adalah lelaki romantis bertubuh perkasa.

BACA  [GAMBAR] Zul Ariffin Didakwa Sudah Berkahwin Dengan Gadis Ukraine?

Selain itu, Bruce Jenner merupakan seorang atlet Sukan Olimpik pada tahun 1972. Bruce adalah seorang `decathlon`. Atlet decathlon adalah mereka yang mengikuti larian atau gabungan atlit dari 10 trek. Tak hairan, jika bentuk tubuh lelaki yang sudah bernikah tiga kali ini begitu sasa.

Nah, marilah kita sejenak bernostalgia dengan 10 foto lama Bruce Jenner yang berotot dan perkasa yang dihimpun Hangat.com dari berbagai sumber. Kala itu, di puncak kariernya yang sempat menduduki posisi ke 10 pada Olimpik musim panas 1972 di Munich, Jerman, tak ada yang menyangka Bruce memilih menjadi wanita di kemudian hari.