I Want to Eat Your Pancreas merupakan sebuah filem anime adaptasi dari novel  Sumino Yoru dengan ilustrasi oleh Loundraw yang berjudul Kimi no Suizou wo Tabetai .

Saya sangat setuju apabila judul sebuah filemlah yang membuatkan ia begitu menarik. Jarang sekali ada yang bercakap tentang organ kecil dekat dengan hati ini. Jika bercakap organ dalam manusia, kebanyakan orang berfikir mengenai organ biasa seperti otak, jantung, juga buah pinggang.

Kimi no Suizo O Tabetai

Filem I Want to Eat Your Pancreas berkisah tentang kisah cinta antara dua remaja yang terhalang oleh penyakit pankreas.  I Want to Eat Your Pancrease adalah filem anime keluaran Studio VOLN yang rilis pada 1 September 2018. Diangkat dari light novel dengan judul Kimi no Suizo O Tabetai karya Yoru Sumino.

BACA  [VIDEO] Selepas 13 Tahun, Inilah Wajah Terkini Pelakon Utama Filem Sepet

Romantis

Bagi penulis,  filem ini memiliki susun cerita yang sangat romantis. Ia menceritakan tentang pemuda ulat buku yang pendiam bernama Haruki Shiga menjumpai sebuah buku dengan judul “Living with Dying”, yang ternyata miliki teman satu kelasnya, Sakura Yamauchi yang diam-diam sedang mengidap penyakit serius yang menyerang pankreasnya dengan sisa waktu hidup yang semakin pendek.

Oleh sebab  Haruki telah mengetahui rahsia Sakura, mereka pun sering menghabis waktu bersama dan saling berkongsi perasaan dan isi hati. Haruki yang awalnya selalu bersikap acuh dengan orang disekitar, secara perlahan mulai peduli dengan Sakura.

Plot Twist

Kebiasaan beberapa filem yang bercerita tentang orang sakit, biasanya diakhiri dengan kesedihan watak yang meninggal kerana penyakitnya. Ya, silakan berekspektasi seperti itu. Bersiap sedia untuk rasa terkejut selepas menonton filem ini.

BACA  [REVIEW] The House With A Clock In Its Walls Mengecewakan?

Selain itu, saya tertarik dengan klimaks dalam anime inidi bahagian di mana Haruki membaca keseluruhan isi dari diari harian Sakura selepas meninggal dunia. Yang pasti, ramai akan menitiskan air mata dalam babak ini.

Jika ditanya apa  yang boleh kita dapat dari sebuah anime yang karakter utamanya mati ini? Sudah tentu sebuah pelajaran kehidupan. Anda boleh menemui banyak kata-kata motivasi dari Sakura yang lebih bermakna.

Saya tak mahu cerita lebih, anda kena tonton sendiri filem ini yang akan berada di pawagam berhampiran mulai 24 Januari 2019.

REVIEW OVERVIEW
Filem Anime Romantis Terbaik
Artikel SebelumnyaTampan & Sado! 10 Gambar Lama Caitlyn Jenner Sebelum Jadi ‘Mak Nyah’
Artikel SeterusnyaRuffedge Mula ‘Demand’ Harga Tinggi? Ini Penjelasan Mereka
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.