Setelah hampir 10 tahun menyepi tanpa sebarang karya terbaru dan terikat dengan komitmen masing-masing, 2019 menyaksikan kumpulan Ruffedge kembali bersatu mewarnai arena muzik tempatan. Kemunculan semula kumupulan ini mula mendapat perhatian ramai sejak tahun lalu apabila beberapa ‘teaser’ mengenai ‘comeback’ mereka hangat diperkatakan di media sosial.

Tampil Dengan ‘Seperti Mereka’

Tidak tampil dengan ‘tangan kosong’, Ruffedge kini kembali mempertaruhkan single terbaharu mereka yang berjudul Sepeti Mereka. Lagu yang diberikan sentuhan muzik R&B Soul ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh anggota kumpulan itu sendiri, Azan Addin. Selain Azan, Ruffedge turut dianggotai Cat Farish, Zain, Mode, Sein dan Amir. Menariknya lagi mengenai single kali ini ianya bukan sahaja pertama kali menyaksikan keenam-enam ahli anggota kumpulan ini bersatu sejak ditubuhkan pada tahun 1998 malah Seperti Mereka telah dihasilkan pada tahun 2007.

BACA  [VIDEO] Pembantu Peribadi Nur Sajat Tampar Pekerja Farmasi di KLCC?

Lagu Asal Untuk ZahidΒ 

Jelas Azan kepada Hangat.com ketika ditemui pada sidang pelancaran single terbaharu Ruffedge, pada asalnya lagu ini dicipta buat Zahid sebaik tamat dari Akademi Fantasia namun ianya terhenti ditengah jalan atas beberapa faktor.

Memandangkan lagu ini tidak lapuk dek zaman, Azan membuat keputusan untuk menjadikan lagu ini sebagai single kemunculan Ruffedge selain mendapat sentuhan dari komposer terkenal, Helen Yap. Video muzik ini pula cukup istimewa kerana ianya menayangkan beberapa klip gabungan majlis perkahwinan peminat mereka yang dikumpul sebelum dimuatnaik dalam video muzik rasmi Seperti Mereka

Nafi Minta Bayaran Tinggi

Dalam perkembangan lain, Ruffedge turut menafikan bahawa mereka kini meminta bayaran tinggi sehingga mencecah RM40,000 di atas faktor kemunculan mereka. Mewakili ahli kumpulan itu, Sein berkata sehingga kini bayaran persembahan mereka tidaklah setinggi itu.

” Kalaulah betul kami dapat bayaran sebegitu, memang kami berbesar hati dan gembira. Namun setakat ini harga kami tidaklah setinggi itu. Tetapi apa yang saya boleh katakan dengan penglibatan kami dalam dunia seni selama berpuluh tahun apatah lagi dengan anggota kumpulan seramai enam orang ini, harga tersebut mampu menampung segalanya dan cukup berpatutan”

Namun begitu, jika melihatkan pada faktor perjalanan seni mereka selama ini dengan ahli kumpulan seramai enam orang, mereka tidak menolak bayaran tersebut cukup berpatutan sekiranya terdapat pihak yang sanggup membayar mereka dengan jumlah tersebut.

BACA  Tahniah! Rosma AF Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga