Seperti yang sedia maklum, sebelum ini isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida pernah memberitahu salah seorang anak angkat jagaanya, Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy atau lebih dikenali sebagai Qayyum akan dipulangkan semula kepada ibu kandungnya.

Hadiahkan Lagu Buat Qayyum

Menerusi perkongsian isteri usahawan terkenal itu di laman Instagram nya, dia berkesempatan untuk merakamkan sebuah lagu buat Qayyum sebagai tanda ingatan ikhlas untuk kanak-kanak itu apabila dewasa kelak.

Menurut Shahida, lagu tersebut yang bergenre ketuhanan pada asalnya dibuat untuk kesemua anak-anaknya. Namun setelah memikirkan, Qayyum akan dipulangkan semula, Shahida mengambil keputusan untuk menghadiahkan lagu ciptaan Hafiz Hamidun itu buat anak angkatnya.

View this post on Instagram

Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik😍😍… . Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun …..lagu selawat…….saya just suka2 je utk anak2 saya dgr….tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum…semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia… . Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia…saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti.. . P/S: Jangan kutuk2 ya kat sini…nanti kalau kutuk2 saya turn off komen

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Shahida Mohon Maaf

Dalam perkongsiannnya itu juga, Shahida memohon maaf kepada semua terutama buat ibu kandung kepada Qayyum kerana tidak menjaga kanak-kanak itu dengan baik selama ini.

Malah akui Shahida dia bukanlah seorang ibu yang baik buat Qayyum dan yakin kanak-kanak itu akan lebih bahagia bersama ibunya tidak lama lagi. Perkongsian tersebut membuatkan rata-rata netizen berasa sebak dan mendoakan agar hubungan kedua-duanya tidak akan putus sehingga ke akhir hayat. Apa pun sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat mereka.

BACA  [GAMBAR] Tya Ariffin Selamat Timang Cahaya Mata Kedua