Pelakon Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz tidak lagi begitu aktif dalam dunia hiburan sejak mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal. Namun begitu, dia kini sibuk mempromosikan perniagan miliknya.

Sudah Habis Tempoh Edah

Jue dan Bayu telah mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2014 dan tidak dikurniakan cahaya mata. Bagaimanapun, kedua-dua mereka mempunyai seorang anak angkat, Darwish Naufal, 5.Terbaru, sesuatu yang mengejutkan kerana pelakon ini mendedahkan bahawa dia kini sudah berpisah dengan suaminya. Enggan mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh sebenar perceraian mereka, menurut Jue dia juga sudah habis dalam tempoh edah.

BACA  (VIDEO) Mas Khan Trauma, Jiran Sebelah Bilik Hotel Terlalu Bising Buat Seks? OMG!

Masih Berkawan BaikΒ 

Jelasnya lagi, mereka berpisah secara baik dan tiada sebarang pergaduhan berlaku dalam urusan tersebut. Malah keputusan ini dibuat bagi kebaikan masing-masing dan hubungan mereka juga baik sehingga ke hari ini meskipun tidak lagi bergelar sebagai suami isteri. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kedua-dua mereka!