Baru sahaja reda isu kelab malam melibatkan beberapa orang peserta Dewi Remaja, Haneesya Hani, Ernisha dan Fazreen, di media sosial segelintir netizen turut mempersoalkan keperibadian beberapa orang finalis Hero Remaja musim terdahulu.

Sering Kali Dilihat Di Kelab Malam

Segala-galanya bermula apabila isu kelab malam itu hangat diperkatakan dan mengaitkan beberapa finalis Hero Remaja ini yang sering kali dilihat berada di kelab malam suatu ketika dahulu. Namun ianya tidak didedahkan kerana mereka yang terlibat dipercayai ‘saling melindungi’ antara satu sama lain.

Adakan Hubungan Sejenis 

Tidak cukup dengan itu, beberapa tuduhan lain seperti mempunyai hubungan sejenis dengan abang kepada seorang kenamaan, berpesta setiap minggu di kelab malam turut didedahkan oleh segelintir mereka di media sosial.

Sehingga kini, tiada bukti sahih mengenai tuduhan tersebut dan kami di Hangat.com akan cuba dapatkan kepastian dari beberapa orang finalis ini bagi menjawab isu berkenaan. Nantikan!