Lagu-lagu hits seperti Cinta, Aku & Kamu dan Rest of My Life masih segar dalam ingatan nyanyian kumpulan Flop Poppy. Siapa sangka kumpulan yang tampil dengan genre romantis ini sudah berada dalam industri muzik tempatan sejak 30 tahun lamanya.

IKLAN

Konsert Terakhir Flop Poppy 

Terbaru,satu perkhabaran sedih telah disampaikan oleh vokalisnya, Andy dimana Flop Poppy bakal mengadakan konsert terakhir mereka pada Mac ini. Berita itu dimuat naik Andy menerusi laman Facebook nya baru-baru ini. Selain Andy, Flop Poppy turut dianggotai Mijie (gitar), Megat (gitar), Wandy (bass) dan Bakri (dram). Menurut Andy, selepas konsert tersebut berakhir, dia mahu memfokuskan pada bidang lain yang ingin diceburinya selain menyifatkan konsert terakhir ini bukanlah noktah segala-galanya. Sebaliknya, ikatan persahabatan antara ahli kumpulan ini dan peminat akan terus berkekalan.

BACA  Crazy Rich India! Kad Undangan Perkahwinan Isha Ambani Ini Bernilai RM17 Ribu

Peminat Sedih Dan Terkejut 

Dalam perkongsian itu, pelbagai reaksi telah disampaikan oleh pengikutnya. Ada yang terkejut dan ada yang bersedih selepas mendapat tahu, kumpulan ini bakal mengadakan konsert mereka yang terakhir. Bagaimana pun, rata-rata mendoakan agar konsert ini akan berjalan dengan lancar selain mengharapkan kumpulan Flop Poppy akan terus bersatu.

Flop Poppy akan mengadakan konsert terakhir mereka pada 2 Mac 2019 di Empire Johor Bahru dengan penjualan tiket berharga RM50 dan RM60 seorang. Semoga dipermudahkan Flop Poppy dan terima kasih kerana mewarnai industri muzik tanah air!