Jika ditanya pada sesiapa sekalipun yang sudah lama berkahwin, pasti mahu menimang cahayamata sendiri. Lambat atau cepat, semuanya Allah tentukan. Hakikat itulah dipegang penyanyi legenda bersuara emas Datuk Jamal Abdillah.

IKLAN

Namun apa yang lebih mengejutkan, dipetik dari Malaysiakini, Jamal memberitahu isterinya, Zai Izzati Khiruddin sukar hamil kerana terkena buatan orang sehingga pernah mengalami beberapa kali keguguran sebelum ini.

“Mungkin individu tersebut nak tuju pada saya tapi tak mengena sebab ada pendinding seperti ayat-ayat suci yang diamalkan petua nenek-moyang Sejak kami kahwin ada saja benda berlaku kepada isteri saya, kesian badannya sudah semakin kurus,” katanya.

Menurut Jamal, berbagai-bagai cara telah diusahakan bagi merawat penyakit isterinya namun tatkala berjumpa dengan doktor, jawapannya kerana masalah hormon.

BACA  Takaaki Terry Jadi Artis Jepun Pertama Dilamar Faizal Tahir

Bimbang akan permasalahan ini, Jamal cuba untuk mendapatkan rawatan tradisional namun tidak membawa apa-apa perubahan.

“Sedangkan setiap hari isteri saya mengalami pendarahan dan itu sudah menunjukkan sesuatu yang pelik sedang berlaku. Apabila cuba mendapatkan rawatan tradisional juga tidak berhasil,” ujarnya 

Jamal dan Zai Izzati yang berusia 25 tahun bernikah pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak dan itu merupakan perkahwinan keempatnya.  Sebelum Izzati, Jamal pernah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, hasil perkahwinan dengan Noraina manakala Ahmad Zaki Yamani, 12, daripada Fatimatuzahrah.

SUMBERMalaysiakINI
Artikel SebelumnyaAndy Umum Konsert Terakhir Flop Poppy Mac Ini
Artikel SeterusnyaMasih Jelita! Beginilah Wajah Puteri Diana Jika Masih Hidup
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.