Selepas meraih populariti dengan lagu hits Pematah Hati yang berjaya mencapai 22 juta tontonan di YouTube, Nabila Razali kini tampil dengan single baharunya berjudul Vroom Vroom.

Lancar Lagu Selepas Setahun

Sengaja menunggu  setahun dengan single kali ini yang juga dihasilkan oleh Hael Husaini dan Ezra Kong, menurut Nabila dia enggan terburu-buru untuk tampil dengan single baharu dan lebih gemar memilih karya yang terbaik untuk diperdengarkan kepada peminat.

Ketika ditanya apakah simbolik disebalik pemilihan kosa kata Vroom vroom sebagai tajuk lagunya, jelas Nabila ianya diambil berdasarkan tanggapan peminat pada lagu terdahulu, Pematah hati yang turut digelar sebagai Cumi-Cumi.

“Sebenarnya Vroom vroom ini merupakan metafora kepada sikap yang ingin move on. Sengaja saya pilih tajuk seperti ini kerana ianya lebih mudah diingati sama seperti Pematah Hati yang turut dikenali sebagai lagu cumi cumi”

Enggan Ambil Pusing Kecaman

Dalam perkembangan lain mengenai soal vokalnya yang dikecam hebat, menurut Nabila sebelum ini dia akui turut terkesan dan sedih dengan komen negatif itu. Namun, enggan mengambil peduli akan tanggapan tersebut, dia kini mempelajari kelas vokal dan tarian demi menjayakan single ketiga nya.

BACA  Lagu Berhantu Elizabeth Tan Berkisarkan Kisah Kematian dan Hidup semula

Vroom Vroom yang turut menampilkan Fendy Bakry, Ara Johari, Sharifah Rose, Nia Atasha dan Hael Husaini mengisahkan mengenai seseorang yang ingin melupakan kisah cinta lamanya dan ingin meneruskan kehidupan yang baru. Disebabkan kecurangan kekasih lamanya, beliau nekad untuk membalas dendam.