Isu akaun Instagram milik selebriti terkenal digodam bukanlah satu isu baharu. Malah terdahulu selebriti seperti Elly Mazlein turut alami nasib yang sama. Kini, pelakon Ramona Zamzam turut menjadi mangsa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab apabila akaun Instagram nya telah digodam.

IKLAN

Akaun Instagram Kini Milik Artis Dari Turki

Akaun Ramona yang mempunyai lebih 418,000 pengikut dan mendapat verifikasi daripada pihak Instagram dipercayai telah digodam sebelum dijual dan diambil alih artis dari Turki dikenali sebagai Mehmet Dindar. Menerusi carian Hangat.com ke akaun tersebut, masih lagi tertera nama Ramona Zamzam diikuti beberapa gambar artis Turki itu turut dimuat naik. Bagaimanapun, ruangan komen di setiap posting itu telah dinyahaktifkan.

BACA  Aktor Kacak Yusuf Imam Tukar Agama Selepas 10 Tahun Bergelar Mualaf

Sudah Buat Laporan

Dalam perkembangan lain, Ramona telah membuat laporan kepada pihak Instagram dan CyberSecurity Malaysia selain mengharapkan akan mendapat semula akaunnya. Tambahnya lagi, akaun Instagramnya itu merupakan salah satu sumber pendapatan utamanya. Justeru itu, dia berasa begitu terkilan selain akan berusaha menggunakan inisiatif lain untuk mendapatkannya semula.

Ketika ini, Ramona telah mewujudkan akaun Instagram nya baharu yang berhubung semula dengan peminatnya menerusi akaun @ramona_zamzam2019