Memang HANGAT terkesima dengan tubuh Shah Jaszle yang semakin hari semakin kacak dan segak. Malah, HANGAT tengok tubuh Shah Jaszle kini lagi kurus berbanding dengan penampilannya di kaca TV sebelum ini.

Bukan apa, baru-baru ini Shah Jaszle ada berkongsi beberapa keping gambarnya di Instagram. Ramai yang terkejut dengan perubahan tubuh Shah Jaszle yang kini semakin langsing malah kembali Sado macam dulu.

Ekoran dari gambar-gambar yang dikongsikan, Shah Jaszle dihujani banyak komen bertanyakan rahsia dan tips untuk kurus. Berikut HANGAT kongsikan foto-foto terbarunya yang diperoleh daripada akaun laman sosial tersebut.

Difahamkan sebelum ini, berat badan Shah Jaszle naik secara mendadak selepas dia mendirikan rumah tangga pada tahun 2015, berat badannya meningkat hampir 20kg. Hal ini sekaligus memberi kesan terhadap kariernya apabila dia telah ditegur oleh beberapa produksi supaya menurunkan berat badan.

Artikel SebelumnyaNabila Razali Ambil Kelas Vokal Demi Vroom Vroom!
Artikel SeterusnyaAkaun Instagram Ramona Zamzam Digodam! Kini Milik Artis Dari Turki
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.