Khabar berita mengenai Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah yang akan dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari ini di Istana Abu Bakar benar-benar mencuri perhatian.

5 Fakta Menarik Mengenai Tengku Hassanal Ibrahim 

Bukan sahaja kerana memiliki rupa paras yang kacak persis ‘Prince Charming’, malah keperibadian Tengku Hassanal yang sentiasa rendah diri yang dididik oleh Ayahanda dan Bondanya sejak kecil lagi dipuji rakyat jelata. Buktinya, kebanyakan aktiviti kemasyarakatan di Pahang akan sentiasa dihadiri oleh keluarga diraja ini. Buat anda yang tidak tahu, Hangat.com rangkumkan 5 fakta menarik mengenai bakal Tengku Mahkota Pahang ini.

1Anakanda Keempat Sultan Pahang

Ramai yang tertanya mengenai susur galur keluarga diraja ini yang barangkali agak mengelirukan. Jika dilihat pada keluarga besar Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,baginda Sultan mempunyai 10 orang anakanda dimana sebelum dikurniakan cahaya mata, baginda dan isteri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengambil seorang anak angkat, YM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim yang merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah.

BACA  Aktor Berkulit Hitam Ini Dinobatkan Sebagai Lelaki Terseksi di Dunia

Bersama Tunku Azizah, pasangan diraja ini dikurniakan enam orang cahaya mata namun anak sulung baginda berdua, YM Tengku Ahmad Iskandar Shah, mangkat sebaik sahaja diputerakan pada 24 Julai 1990. Bersama Cik Puan Julia Rais pula, Sultan Abdullah mempunyai tiga orang cahaya mata yang kesemuanya puteri.

Anakanda Sultan Pahang Ke -6 

  1. YM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim 25 Ogos 1987 (32 tahun)
  2. YM Tengku Ahmad Iskandar Shah 24 Julai 1990 ( 29 tahun)
  3. YM Tengku Puteri Iman Afzan 11 November 1992 (27 tahun)
  4. YM Tengku Ilisha Ameera 1 Oktober 1993 (26 tahun)
  5. YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah 17 September 1995 (24 tahun)
  6. YM Tengku Ilyana 20 April 1997 (22 tahun)
  7. YM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah 17 Ogos 1997 (umur 21)
  8. YM Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah 11 September 2000 (19 tahun)
  9. YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah 11 September 2000 (19 tahun)
  10. YM Tengku Jihan Azizah Athiyatullah 27 April 2002 (17 tahun)
BACA  Anzalna Nasir Tolak Tawaran Lumayan Untuk Produk Review?

2Sedang Sambung Belajar

Tengku Hassanal merupakan bekas pelajar di Sekolah Rendah St. Thomas Kuantan menyambung pelajar ke peringkat menengah dan Universiti di United Kingdom sebelum meneruskan pelajaran peringkat ijazah di Geneva, Switzerland.


Tengku Mahkota Pahang ini berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Hubungan Antarabangsa (BA- IR) selepas tiga tahun menuntut di The Geneva School of Diplomacy and International Relation (GSD). Terbaru, Tengku Hassanal sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom sehingga hujung tahun ini.

4Jadi Tengku Panglima Besar Kurang Dari Setahun

Ketika ini, Tengku Hassanal masih lagi bergelar Tengku Panglima Besar setelah diisytiharkan pada 18 Jun 2018. Berdasarkan tarikh yang diberi iaitu pada 28 Januari 2019, istiadat pemasyhuran Tunku Mahkota Pahang akan dilaksanakan sekaligus memperlihatkan Tengku Hassanal bergelar Tengku Panglima Besar kurang dari setahun.

5The Hottest Prince In Malaysia!

Seperti artikel kami terdahulu, Tengku Hassanal turut tersenarai dalam 5 putera raja di Malaysia yang paling kacak. Boleh dikatakan memiliki pakej yang lengkap, tidak hairanlah bakal Tunku Mahkota Pahang ini digelar sebagai antara the hottest prince in Malaysia!

SUMBERDiraja Pahang
Artikel SebelumnyaSebak! Ziela Jalil Kongsi Foto Kenangan Manis Bersama Arwah Suami
Artikel SeterusnyaNorjuma Bakal Disaman Fitnah?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress