Pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil mengenang kembali pemergian suami tercinta apabila Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Megat Junid bin Megat Ayub yang meninggal dunia pada 24 Januari 2008.

IKLAN

Menerusi laman Instagram Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil, dia menulis serba sedikit tentang arwah suaminya itu.

“24.01.08 jatuh pada hari Khamis, dan sebelum panggilan untuk solat Subuh kamu telah meninggalkan kami untuk berjumpa dengan sang Pencipta. Hari ini, 24.01.19, sekali lagi pada hari Khamis, 11 tahun saya hidup tanpamu, selama itu saya tidak pernah berjumpa sesiapa pun sama seperti kamu.”

Ternyata kerinduan Ziela Jalil terhadap arwah suaminya masih lagi tebal di benak hatinya. Ziela akui dia seolah-olah tak mampu untuk memulakan kehidupan tanpa suaminya.

“Tidak pernah ada satu detik pun di mana anda pernah mengangkat suara kamu kepada saya. Kamu sesekali tidak pernah bercakap yang menyakitkan hati saya. Pemergianmu seperti tak tertanggung di hati ini, namun Allah memberiku kekuatan untuk meneruskan kehidupan.”

Menurut Ziela, arwah seorang yang terlalu baik. Dia tidak pernah cakap dengan nada suara yang tinggi atau berkasar dengannya dan dia juga bapa yang penyayang kepada anak-anak.

“Kamu adalah seorang yang baik. Baik sebagai seorang suami dan sebagai seorang ayah, dan anda patut diletakkan di antara yang tertinggi di Jannah, Allahummaghfir lahu warhamhu, wa’aafihi wa’fu ‘anhu, Aamiin Yaa Rabb”

Ziela dan arwah suaminya itu mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 1991 dan hasil daripada perkahwinan mereka itu telah dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

BACA  Usahawan Berlian, Laniado Maut Ketika Pembedahan Alat Sulit