Menjadi seorang artis di dunia hiburan tentunya akan menjadi perhatian ramai orang. Dengan populariti inilah perkembangan setiap artis akan selalu dipantau oleh masyarakat, tak terkecuali soal perubahan wajah dan fizikal.

IKLAN

Yang menjadikan HANGAT kagum adalah beberapa artis yang dari dulu hingga kini masih nampak awet muda, terutama sekali selebriti wanita. Kecantikan mereka yang seakan tak pudar oleh zaman atau tak di mamah usia.

Meskipun sudah mencecah usia warga emas, tidak keterlaluan jika HANGAT beranggapan mereka seperti gadis muda. Kecantikan mereka sering dipuji oleh peminat lagi jika merekamemuatnaik foto di media sosial mereka. Mereka ini disebut makin tua makin cantik.

Siapa sajakah mereka? Berikut HANGAT rangkum informasinya dari berbagai sumber.

7Datuk Sheila Majid

Sheila kini berusia 54 tahun namun tetap jelita seperti gadis remaja. Beliau pernah berkahwin dengan Roslan Aziz, seorang pemuzik terkenal tanah air. Beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleda dan Megat Abdul Majid Aziz.

Sheila dan Roslan bercerai pada 1996. Kemudian beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Hashridz Murshim Hassim atau Acis, bekas pemain keyboard untuk kumpulan Gersang selepas dua tahun menjalin cinta.

BACA  [VIDEO] Lihat Kompilasi Gambar Lama Emma Maembong Yang Dikongsi Kakaknya

6Deanna Yusuf

Walaupun sudah berusia 52 tahun, ternyata pelakon berdarah campuran ini masih kekal muda dan jelita. Deanna mula mencapai kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Mastura lakonannya dalam filem Selubung arahan Shuhaimi Baba, yang mengurniakan beliau anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10.

Sehingga kini Deanna masih belum berumahtangga dan sering mengembara ke luar negara.

5Raja Ema

Raja Ema binti Raja Ibrahim merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model terkenal di Malaysia pada pertengahan 1980-an dan awal 1990-an. Ibunya Yusni Jaafar juga merupakan seorang pelakon. Pada tahun ini, beliau bakal memasuki usia 51 tahun namun ternyata wajah dan perwatakan Raja Ema sama seperti di usia remaja. Raja Ema pernah berkahwin dengan penyanyi nusantara Sheqal dan dikurniakan dua orang anak lelaki namun mereka telah bercerai.

BACA  Gara-gara Hujan Lebat, Dato' Fazley Yaakob Jadi Pemandu Grab

4Ziana Zain

Dilahirkan pada 2 Mei 1968, tahun ini Ziana Zain berusia 51 tahun. Jika dilihat pada gambar ini macam tak percaya bukan? Kini, sudah 20 tahun berlayar di industri seni, beliau telah digelar Ratu Pop Asia.  Selepas berkahwin pada 1998, Ziana juga telah dikurniakan sepasang kembar yang diberi nama Muhammad Airil dan Siti NurQaseh selepas dua lagi anaknya, Muhammad Aiman dan Muhammad Amar. Perkahwinan Ziana dan suaminya Armin Zaharin selama 20 tahun secara rasminya berakhir pada tahun 2018.

2Tiara Jacquelina 

Pengasas dan pemilik syarikat Enfiniti Productions, Datin Sri Tiara Jacquelina dilahirkan pada 3 Oktober 1967. Isteri kepada bekas Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Sri Mohd Effendi Norwawi ini kekal jelita dan awet muda walaupun sudah masuk usia 52 tahun. Tiara mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Allahyarham Hani Mohsin Hanafi pada 11 September 1993 dan dikurniakan seorang perempuan, Hani Karmila, yang dilahirkan pada 1994. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila mereka berpisah, pada 16 Februari 1998.

1Normala Samsudin

Dari dulu hingga sekarang, wajah bekas personaliti TV3 ini tak pernah berubah. Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin kini sudah memasuki usia 54 tahun juga merupakan bekas pengacara rancangan majalah wanita TV3, yang dihoskannya dari 2001 hingga 2004. Beliau tidak aktif dalam bidang pengacaraan dan lakonan sejak berkahwin dengan ahli politik dan bekas Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri Azmi Khalid pada Oktober 2005.