Tahun lalu, kecoh mengenai selebriti yang juga usahawan jenama tudung terkenal, Datin Norjuma Habib Mohamed yang terpalit dengan beberapa isu panas. Salah satunya seperti yang dimuat naik Hangat.com sebelum ini mengenai isu bekas pekerja nya ditampar.

IKLAN

Pendedahan Mengenai Norjuma Di Media Sosial

Segala-galanya telah didedahkan oleh beberapa pihak yang mendakwa bahawa usahawan itu sebenarnya cuba menyembunyikan kebenaran kepada umum.

Lantaran itu, beberapa pendedahan telah dibuat menerusi media sosial dan antaranya adalah menerusi laman Youtube dan blog oleh pengguna yang dikenali sebagai Sayang Salmah dan Fame Up Entertainment.

Adakan Sidang Media

Bagi menjawab dengan lebih lanjut mengenai pendedahan tersebut, satu sidang media berkaitan saman fitnah ke atas Norjuma akan diadakan pada hari ini. Terdahulu, menerusi laman blog Fame Entertainment, pihak mereka turut mencabar pihak Norjuma untuk turut hadir bersemuka dengan para media bagi menjawab kontroversi yang melanda selama ini. Nantikan pendedahan mereka pada hari ini.

BACA  Siti Nurhaliza Diiktiraf Sebagai 'Tourism Icon Of The Year'