Anda rasa bagaimana agak jadinya kalau 12 lagu yang bakal berentap di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) ini dicampur jadi satu lagu? Ternyata Caliph Busker berjaya melakukannya dengan bagus sekali.

IKLAN

12 lagu yang dinyanyikan secara Mashup ini mengikut urutan seperti Ara Johari (Bunga), Sufian Suhaimi (Di Matamu), Hael Husaini & Dayang (Haram), Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Nisan Cinta), Haqiem Rusli ft Amanra (Jatuh Bangun) dan Khai Bahar (Luluh). 

Diikuti lagu Amylea X Kaer (Tak Pernah Hilang), Siti Sarah (Semakin), Syamel (Kau Pun Sama), Hael Husaini (Hajat),  Altimet (Bunga), dan sebagai penutup mereka menyanyikan lagu Misha Omar (Sampai Bila).

BACA  Misha Omar Diramal Bakal Juarai AJL33?

Dimuat naik pada 22 Januari yang lalu,  ramai yang memberi komen dan memuji muzik video dan menganggap ini Mashup terbaik sampai boleh meremang dibuatnya. Apa yang menariknya mengenai muzik video  ini ialah setiap ahli kumpulan dapat menyanyikan dengan baik dan transisi setiap lagu sangat kemas.

Berikut antara komen-komen positif dari pendengar di ruangan komen.

AJL33 bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari 2019 (Ahad) pukul 9 malam, hanya satu lagu yang akan bersinar. AJL 33 mengekalkan gandingan hos Sherry Al Hadad dan Alif Satar yang tidak pernah mengecewakan penonton dengan gelagat mereka yang sangat bersahaja.

Di samping itu, malam anugerah akan dimeriahkan lagi dengan persembahan dari kumpulan Search, artis-artis genre hip-hop tanah air dan BBNU; Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali. Siapa agaknya akan jadi mendapat gelaran Juara AJL33? Mungkinkah Khai Bahar?

BACA  Nina Iskandar Punca Keruntuhan Rumah Tangga Penolong Pengarah Terkenal?