Menyedihkan! Itulah perasaan yang dapat digambarkan apabila pengasas produk kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida memberitahu bahawa hari ini (Jumaat) mereka bakal pulangkan anak angkat jagaan mereka, Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy atau lebih dikenali sebagai Qayyum kepada ibu kandungnya.

Aliff Dan Shahida Terkilan 

Menerusi perkongsian Aliff di Instagram, tidak dapat digambarkan perasaan mereka sekeluarga ketika ini apabila Qayyum bakal dipulangkan semula. Malah sejak mengambil kanak-kanak itu berusia 7 bulan, hubungan mereka langsung tidak dibezakan dengan anak-anak kandung dan disayangi sama rata.

Jelas Aliff dan Shahida, mereka berasa terkilan kerana pelbagai isu yang diungkit selama ini seperti kononnya pilih kasih dan isu ‘tunjal dahi’ diperbesarkan antara punca mengapa mereka terpaksa berpisah dengan kanak-kanak itu.

View this post on Instagram

Saya x sedih pun saya pura2 sedih aja!!! . Nak tahu kenapa saya x bagi kutuk2 mak qayyum lebih2?? . Sebab kalau saya ada di tempat dia maybe saya akan buat yg sama….zaman laman sosial ni……..mcm2 benda boleh jadi…… . Netizen yg start compare Qayyum Ameena dan Yusoff,dari start saya mengandung dah mcm2 komen keluar,dah mengandung nanti pilih kasih,lepas tu dah beranak komen pula kenapa yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak qayyum n ameena bg beranak kat hospital lain,dah lahir compare pula majlis cukur jambul,lepas tu compare pula apa yg hadiah yusoff dapat dgn yg ameena qayyum dapat,compare strollers,baju,kasut,bercuti,hari jadi semua lah selagi boleh pakai jari2 tu selagi tu la mcm2 menulis….korang ingat mak dia x baca ke,pastu komen pula kata qayyum lembab la,x sihat la,terencat la…. ameena tak,itu lah inilah…..dan inilah apa yg berlaku sekarang….Belum lagi isu tunjal kepala la….apa lagi nak jadikan isu lepas ni…kadang2 doktor yg suntik pun korang bawangkan sebab kononnya bezakan2 anak yusoff doktor lain ni doktor lain…..dah dia beranak hospital tu…situ lah dia pergi… . Jangan pandai2 nk salahkan mak dia lebih2 sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk… so x perlu nak sedih2 sangat sebab puncanya dari kita semua…. . Saya tidak marah dan berdendam…cuma supaya benda2 ni tidak berlaku pada masa lain…..yg dah jadi x boleh putar balik pun….cuma doakan yg terbaik je dah memadai…saya saya percaya masa akan merawat saya dan juga Qayyum….nak gaduh dgn netizen pun x guna nanti balik2 mereka juga yg betul dan baik….Jangan Bimbang….netizen sentiasa betul,yg salahnya saya….keluarga saya x cukup baik…….apapun don’t worry saya tidak sedih mana pun…pura2 sedih aja🤪…. . Jangan bimbang pasal Yom sebab Allah punya rencana terbaik….Mak dia pasti jaga dia lebih baik,saya anggap saya tolong jagakan sahaja dalam 1 tahun ni……saya boleh jer x nak bagi tapi mcm mana pun itu tetap mak dia…….jadi x nak kemudian hari saya dipersalahkan sebab pisahkan dia dari mak nya

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Selawat Dodoi Anakku Hadiah Buat Qayyum

Meskipun begitu, mereka tidak berdendam mahupun marah dengan netizen sebaliknya mengakui kekhilafan itu terjadi dari mereka sendiri selain mendoakan agar hubungan mereka dengan Qayyum tidak akan terputus.

BACA  [VIDEO] Shahida Hadiahkan Lagu Untuk Qayyum Sebelum Berpisah

Dalam perkembangan lain, judul lagu untuk Qayyum juga sudah diberi. Berjudul Selawat Dodoi Anakku, lagu ini telah dicipta khas untuk anak-anak mereka. Menurut Shahida, lagu ini juga sebagai hadiah buat Qayyum agar pada suatu hari nanti kanak-kanak ini akan mengingati suara ibu bapa angkat yang menjaganya selama ini.