Nama bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, Erni Nurshahira Khairul Zaman atau lebih dikenali sebagai Ernisha hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini apatah lagi kontroversi video kelab malam dan minuman keras menjadi topik utama kebanyakan portal hiburan.

IKLAN

Kenyataan Berhijab Ernisha Undang Kecaman

Tidak cukup dengan itu, nama Ernisha sekali lagi kecoh diperkatakan di media sosial selepas memberi kenyataan mengenai keputusannya untuk berhijab. Menurut sumber tersebut, dia akui sebelum ini dia mencuba untuk terus berhijab walaupun ada kalanya tidak berhijab. Lantaran itu, rata-rata netizen mengecam akan kenyataan tersebut selain menganggap ianya tidak seharusnya dijadikan sesuatu isu.

“Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini”

Michael Ang Perli Ernisha?

Dalam perkembangan lain, menerusi sebuah video yang dimuat naik Michael Ang di laman Instagram nya, pengarah itu seolah-olah memerli Ernisha dengan mendakwa isu hijab bukanlah sesuatu perkara untuk dikecam.

Sebaliknya dia memberitahu, berhijab adalah satu perubahan yang diterima baik oleh ramai pihak. Malah dia turut menasihati bekas finalis itu untuk melupakan isu tersebut dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal. Rata-rata pengikut Michael turut bersetuju dengan kenyataannya selain mengharapkan mereka yang terpalit dengan isu ini akan mengambilnya sebagai pengajaran.

BACA  Ernisha Mengaku Dibayar Pihak Mentor Untuk Cetuskan 'Drama' ?