Dengan nama besarnya, bukan hal sulit bagi Celine Dion untuk mendapat tempat duduk di barisan hadapan di acara pertunjukkan fesyen yang menampikan perekas fesyen terkenal di dunia. Dalam pertunjukkan fesyen koleksi haute couture Valentino Musim Semi 2019 di Paris pada Rabu (23/1/2019) lalu misalnya, dia duduk di barisan paling hadapan.

IKLAN

Kehadirannya dalam peragaan busana ini, menarik perhatian ramai orang. Ini, bukan kerana statusnya sebagai seorang penyanyi disegani. Melainkan, saat para model berlenggak-lenggok mepamerkan baju Valentino, Celine Dion justru menangis.

Dipetik dari ET, hal ini diketahui dari muatnaik video sejumlah penonton yang hadir di peragaan busana tersebut.

BACA  Sweetnya! Ini Makna Unik di Sebalik Nama Bayi Putera Harry dan Meghan Markle

Dalam video tersebut, Celine Dion dilihat mengusap air mata di wajahnya dengan tisu. Dan ini tak hanya terjadi sekali. Di video lain, ia kembali terlihat mengelap air matanya.

Taksub Dengan Fesyen

W Magazine menulis bahawa pihaknya tak hairan melihat reaksi Celine Dion. Pelantun “My Heart Will Go On” ini memang dikenali sebagai sangat taksub dengan fesyen yang kerap memberi reaksi yang begitu bersemangat dalam sebuah pertunjukan busana.

Celine Dion dikhabarkan kerap berteriak hingga mencium pereka fesyen yang tengah melakukan penghormatan di penghujung acara.

Teringatkan Mendiang Suami

Laporan itu juga menyebut berkemungkinan lagu soundtrack yang dipasang saat itu “The First Time Ever I Saw Your Face” Robert’s Flack, merupakan lagu tema dia dan suaminya René Angélil membuat tarian pertamanya ketika mereka berkahwin pada tahun 1994.  Suaminya meninggal dunia pada 2016 dan sekaligus membuatkan lagu itu  memberi kesan mendalam kepada Celine Dion sehingga menitiskan air mata.

BACA  Tampan & Sado! 10 Gambar Lama Caitlyn Jenner Sebelum Jadi 'Mak Nyah'