Bercakap mengenai Donald Trump, siapa sahaja yang tidak kenal dengan orang nombor satu Amerika Syarikat ini? Donald John Trump atau lebih dikenali sebagai Donald Trump mula menjawat jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 pada 20 Januari 2017

IKLAN

Calonkan Diri Sendiri Sebagai Presiden Amerika Syarikat

Mengimbas kembali mengenai biodata Trump, Presiden Amerika Syarikat ini mempunyai kelulusan dari jurusan ekonomi Wharton School di Universitas Pennsylvania pada tahun 1971. Sebelum menyertai bidang politik, Trump terlebih dulu mengambil alih syarikat perusahaan tanah milik bapanya, Fred Trump.

Untuk yang tidak tahu, pada tahun 2000 Trump pernah mencalonkan dirinya sebagai Presiden namun beliau mengundurkan diri sebelum penamaan calon dimuktamadkan. Namun begitu, pada 2016 beliau sekali lagi bertanding dan berjaya mengalahkan lawannya, Hilarry Clinton.

BACA  Scha Alyahya Jawab Desas-Desus Sedang Berbadan Dua

Gambar Disunting 

Sebagai orang ternama, sudah pasti beliau tidak akan lari daripada pelbagai kecaman mahupun jadi usikan nakal netizen. Terbaru, gambar Trump dilihat telah disunting oleh netizen-netizen yang menjadikannya sebagai superhero yang terkenal di dunia.

Ada yang kelihatan begitu serasi dan tidak kurang juga ada yang lucu!