Pelawak dan pelakon Harith Iskander menyelar keputusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk membuka lorong kecemasan di dua lokasi di lebuh raya negeri Perak bagi memastikan kelancaran aliran trafik sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, 5 Feb ini.

Ekoran dari keputusan itu, Harith mempersoalkan tindakan PLUS  tersebut dan bimbang akan menyulitkan van Ambulan mahu bergegas menyelamatkan pesakit sekiranya lorong kecemasan dibuka untuk kenderaan lain.

“Bolehkah seseorang mengesahkan jika ini adalah BENAR? … jadi jika pemandu dibenarkan menggunakan lorong kecemasan … apa yang berlaku jika ada KECEMASAN?

Dengan nada sarkastik, Harith menasihat para pemandu Ambulan untuk bersedia terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas pada musim tahun baru cina.

BACA  Bapa Atikah Suhaime Buka Mulut Dedah Punca Batal Perkahwinan

Saya rasa Ambulans yang tergesa-gesa ke hospital mesti belajar untuk menunggu di kesesakan lalu lintas seperti kita semua.”- katanya di Instagram

Dipetik dari Bernama, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata pembukaan lorong kecemasan tersebut merupakan projek perintis dan langkah itu akan diperluaskan sekiranya ia menunjukkan keberkesanan dalam melancarkan aliran trafik di lokasi tertentu semasa musim perayaan. Apa kata anda?