Boleh dikatakan animasi Upin & Ipin antara kebanggaan negara! Bukan sahaja dalam negara, malah animasi ini turut terkenal di Indonesia sehingga ada yang menggelar Malaysia sebagai negara Upin & Ipin.

IKLAN

Perbezaan Burik & Gepeng Dan Upin & IpinΒ 

Terbaru, di Indonesia kecoh memperkatakan mengenai animasi Doyok, Atoy, Ali Oncom atau lebih dikenali sebagai D.O.A. Dalam animasi ini yang ditayangkan di salah satu stesen televisiyen swasta Indonesia, salah satu watak baharunya, Burik dan Gepeng dikatakan menyamai watak Upin dan Ipin. Namun begitu, watak sampingan ini dikatakan tidak sama sepert yang didakwa dan mempunyai pelbagai perbezaan seperti yang dinyatakan di bawah.

BACA  Zizan Razak Sanggup Mengalah Untuk Melihat Mira Filzah Tersenyum?

Perbezaan Rambut

Jika melihat sekali imbas, kedua-dua watak ini hampir serupa dimana terdapat watak yang mempunyai rambut dan tidak berambut.

Namun begitu, rambut Ipin hanyalah sehelai jika dibandingkan dengan Gepeng yang mempunyai sedikit jambul. Bagi Upin dan Burik pula tidak dinafikan kedua-duanya juga tidak berambut!

Warna Kulit Dan Ketinggian

Perbezaan juga boleh dilihat dari segi warna kulit dan ketinggian. Upin & Ipin berkulit cerah dan berketinggian seperti kanak-kanak berusia 6 tahun manakala Burik & Gepeng berkulit gelap dan jauh lebih tinggi.

D.O.A Diadaptasi Dari Komik

Satu perbezaan barang kali dari segi hak cipta. Ini kerana meskipun siri D.O.A ditayangkan bermula tahun lalu, namun sebenarnya ianya terlebih dahulu menghiasi ruangan komik Paskota yang popular sekitar tahun 80 dan 90-an!

BACA  "Tidak Perlu Tulis Bila"- Jue Aziz Akui Sudah Bercerai

Upin & Ipin pula mula ditayangkan pada tahun 2007.