Mula meraih populariti apabila video lagu-lagu saduran dendangannya yang dikongsi menerusi laman media sosial mendapat sambutan hangat netizen, kini Amirul Husyairi bin Nani atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Kucaimars muncul dengan single debut berjudul “JAWAB”.

IKLAN

Lagu ini merupakan single pertama penyanyi ini semenjak dilamar bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

“JAWAB” merupakan karya ciptaan ahli kumpulan Akim &the Majistret iaitu Akim Ahmad dan Zarimi Zahari yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq. Single ini merupakan terbitan dan edaran Warner Music Malaysia.

Sebagaimana lagu-lagu saduran band Indonesia yang dinyanyikan Kucaimars sebelum ini, “JAWAB”turut diberi gubahan pop alternatif bersesuaian dengan tona suara dan gaya nyanyiannya.

BACA  [VIDEO] 'Tetap Kamu' Amylea X Megat Bakal Hantui Penonton Setia Nur 2

Penyanyi yang berasal daripada Seremban, Negeri Sembilan ini mengharapkan agar single debutnya ini dapat diterima ramai dan semoga pihak media dan pendengar muzik tempatan dapat memberikan sokongan berterusan kepadanya. “JAWAB” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula hari ini 25 JANUARI 2019.